3.1 Pemohon dikehendaki memberi perhatian kepada syarat-syarat berikut:-
3.1.1 Bagi permohonan SKM Tahap 1, 2 dan 3, pemohon boleh mengemukakan permohonan untuk 1 tahap sahaja; atau 2 tahap serentak; atau 3 tahap serentak bagi sesuatu permohonan.
3.1.2 Bagi permohonan DKM, permohonan hanya boleh dilakukan setelah calon memiliki SKM Tahap 3, serta memiliki pengalaman bekerja tidak kurang dari 3 tahun. Dalam kata lain, permohonan SKM Tahap 1,2,3 dan DKM tidak boleh dibuat secara serentak.
3.1.3 Permohonan DKM dan DLKM boleh dibuat secara serentak atau secara berasingan.
3.1.4 Pemohon mestilah memiliki pengalaman bekerja di dalam bidang yang berkaitan, seperti berikut:-
- 6 bulan ke atas untuk memohon SKM Tahap 1
- 1 tahun ke atas untuk memohon SKM Tahap 2
- 2 tahun ke atas untuk memohon SKM Tahap 3
- 3 tahun ke atas untuk memohon SKM Tahap 4 (DKM)
- 5 tahun ke atas untuk memohon SKM Tahap 5 (DKLM)
Nota: # Tidak termasuk tempoh latihan, jika ada mengikuti program/kursus di pusat latihan.
3.1.5 Pemohon yang mengemukakan permohonan pada tahap yang lebih tinggi hendaklah memiliki SKM pada tahap sebelumnya, jika diperlukan oleh NOSS berkenaan.
3.1.6 Memiliki keterampilan dalam bidang kemahiran yang disenaraikan dalam daftar NOSS, dan mampu mengemukakan bukti-bukti pencapaian terdahulu untuk dinilai dan disahkan.
3.1.7 Bagi permohonan yang memohon Program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3) mestilah memiliki pengalaman dalam bidang yang berkaitan seperti berikut:-
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2) 7 tahun ke atas
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) 5 tahun ke atas
- Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DKM/DLKM) 3 tahun ke atas
Nota: # Tidak termasuk tempoh latihan, jika ada mengikuti program/kursus di pusat latihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan