6.1 Bukti-bukti bagi PPT boleh diperolehi daripada sumber-sumber berikut:-
6.1.1 Pengalaman di tempat kerja
6.1.2 Kursus-kursus yang telah dihadiri.
6.1.3 Pengalaman hidup (hobi dan kerja-kerja sukarela yang berkaitan)
6.1.4 Pencapaian lain, termasuk dalam pertandingan kemahiran
Bentuk Bukti
6.2 BUKTI-BUKTI KUKUH adalah termasuk berikut:-
1. Sijil dan Transkrip
- Daripada Pusat Bertauliah JPK, pihak awam atau swasta.
- Disertakan dengan transkrip, sukatan dan kandungan latihan, dan sebagainya.
- Disahkan oleh PP-PPT.
2. Senarai Tugas
- Perlu ditandatangani oleh pegawai peringkat pengurus dan ke atas.
- Disahkan oleh PP-PPT
3. Lesen
- Badan Perlesenan Kerajaan
- Disahkan oleh PP-PPT
4. Kad Kerja / Buku Log
- Rujuk pada kad kerja asal / buku catatan
- Disahkan oleh Pengurus dan PP-PPT
5. Perakuan PP-PPT
- PP-PPT melawat tempat kerja calon dan akan mengisi BorangPerakuan Lawatan PP-PPT
6. Testimonial
- Daripada Pusat Bertauliah JPK dan disertakan dengan transkrip / jadual waktu/silibus/isi kandungan kursus
- Disahkan oleh PP-PPT
7. Anugerah
- Daripada Pusat bertauliah JPK
- Disahkan oleh PP-PPT
8. ROC/ROB/ROS
- Disahkan oleh PP-PPT
6.3 BUKTI-BUKTI SEDERHANA - iaitu memerlukan bukti tambahan, atau penyemakan melalui siasatan / temuduga adalah termasuk:-
1. Hasil kerja
- Dihasilkan sebelum permohonan dikemukakan
- Perlu pengesahan bertulis oleh pelanggan / majikan / pihak ketiga dan disahkan oleh PP-PPT.
2. Gambar
- Diambil sebelum permohonan
- Perlu disahkan secara bertulis oleh pihak majikan/ rakan sekerja / pihak ketiga dan disahkan oleh PP-PPT
3. Surat Akuan
- (Dari Pelanggan)
- Mestilah merupakan pelanggan tetap kepada calon tidak kurang dari 2 tahun.
- Perlu disahkan oleh PP-PPT
4. Kertas Kerja
- Kertas kerja yang telah diterima / diluluskan oleh pihak majikan / pihak ketiga
- Perlu disahkan oleh PP-PPT
5. Laporan
- Laporan yang diterima oleh majikan / pihak ketiga
- Perlu disahkan oleh PP-PPT
6. Keratan akhbar
- Naskhah yang asal dan bertarikh.
- Perlu pengesahan dari majikan / pihak ketiga disahkan oleh PP-PPT
7. Artikel
- Naskhah yang asal dan bertarikh.
- Perlu pengesahan dari majikan / pihak ketiga disahkan oleh PP-PPT
8. Bil/Resit/ Invois
- Sediakan salinan asal untuk dilihat / disemak dan disahkan oleh PP-PPT
9. Sample
- Dilihat dan disahkan oleh PP-PPT
10. Design/Blueprint
- Sediakan salinan asal untuk dilihat / disemak dan disahkan oleh PP-PPT
11. Video / CD / Kaset
- Sediakan salinan asal untuk dilihat / disemak dan disahkan oleh PP-PPT
12. Dokumen ISO
- Rujuk pada kad kerja asal.
- Disemak dan disahkan oleh PP-PPT
13. Fail Meja
- Rujuk pada fail meja asal.
- Disemak dan disahkan oleh PP-PPT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan