Kebelakangan ini ramai yang menelefon saya kerana berminat dengan SKM-PPT dan bertanyakan prosedur permohonan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada anda semua yang telah menghubungi saya. Sehubungan itu, saya telah menambah maklumat-maklumat lebih terperinci agar anda lebih mudah memahami apa itu SKM-PPT.
Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH kepada anda yang telah BERUSAHA dan BERJAYA memperolehi sijil SKM dan DKM melalui kaedah PPT:
- Sdra Mohd Nidzam Hamdan dari Lumut (Sistem Komputer Tahap 2 dan 3 dan DKM Tahap 4);
- Sdra Muzamil Manzor dari Nilai, NS (Sistem Komputer Tahap 2 dan 3);
- Sdra Ramesh Babu dari Ipoh (Sistem Maklumat Tahap 2 dan 3);
- Sdra R. Viswaraj dari Seremban,NS (Sistem Komputer Tahap 2 dan 3);
- Sdri R. Magleshvari dari Seremban, NS (Pembangunan Aplikasi Pengaturcaraan Tahap 2 dan 3);
- Sdra Ganesh Raj dari Seremban, NS (Pembangunan Aplikasi Pengaturcaraan Tahap 2 dan 3);
- Sdra Mohd Hisham Idris dari KL (Sistem Komputer Tahap 2);
- Sdra P. Sivakumar dari KL (Sistem Komputer Tahap 2);
- Sdra Suhaili George dari KL (Sistem Komputer Tahap 2);
- Sdra Hafiz dari Kamunting (Sistem Komputer Tahap 2 dan 3);
- Sdri Nur Mashitah dari Pulau Pinang (Sistem Komputer Tahap 2);
- dan ramai lagi calon-calon lain yang memohon melalui saya tetapi menyempurnakan SKM-PPT dalam bidang masing-masing melalui Penilai-PPT masing-masing. Syabas !!