Sabtu, 25 Oktober 2008

Syarat-Syarat Permohonan SKM-PPT

Spertimana proses persijilan lain, SKM-PPT juga telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia iaitu pihak yang memantau dan mengeluarkan sijil.

  1. Sekiranya anda sudah ada SKM sebelum ini, katakan anda sudah ada Tahap 1, maka anda boleh memohon Tahap 2. Jika anda sudah ada SKM Tahap 2, bolehlah memohon SKM Tahap 3, dan begitulah seterusnya.

  2. Jika anda belum ada sebarang sijil SKM, maka permohonan anda bergantung kepada pengalaman kerja anda, berapa lama anda sudah bekerja dalam bidang yang ingin ditauliahkan. Dengan lain perkataan jika anda sudah jadi mekanik komputer di kedai komputer kat Low Yat untuk beberapa tahun, jangan pula nak mohon pentauliahan bidang mekanik kenderaan motor. Tak kena lah kan !!!

  3. Jika pengalaman kerja anda baru 6 bulan ke atas, maka anda boleh mohon SKM-PPT Tahap 1. Jika pengalaman anda 1 tahun ke atas, anda boleh mohon Tahap 1 sahaja atau Tahap 1 dan Tahap 2 sekaligus. Jika pengalaman anda 2 tahun ke atas, anda boleh mohon SKM-PPT Tahap 1, atau Tahap 1 dan 2, atau Tahap 1, 2 dan 3 sekaligus. Akan tetapi nasihat saya sebagai Kaunselor PPT, ambil 1 atau 2 tahap saja dulu. Sebab ini melibatkan masa. Buat satu-satu pun OK.

  4. Jika anda mempunyai SKM Tahap 3 dan pengalaman bekerja dalam bidang sama melebihi 3 tahun , maka anda boleh memohon SKM Tahap 4 atau dikenali sebagai Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

  5. Jika anda mempunyai SKM Tahap 3 dan pengalaman bekerja dalam bidang sama melebihi 5 tahun, maka anda boleh memohon SKM-PPT Tahap 4 (DKM) dan SKM-PPT Tahap 5 (DLKM) serentak.

  6. Bagi anda yang ingin memohon jawatan Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3), iaitu untuk menjadi tenaga pengajar di pusat pentauliahan, anda perlu mematuhi syarat berikut. Jika anda ada SKM Tahap 2, anda perlu pengalaman kerja melebihi 7 tahun; Jika anda ada SKM Tahap 3, anda perlu pengalaman kerja melebihi 5 tahun; dan jika anda ada DKM/DLKM, anda perlu pengalaman kerja melebihi 3 tahun.

  7. Yang disebut pengalaman kerja itu bermaksud tempoh kerja yang tidak termasuk semasa latihan pentauliahan SKM. (Jika anda ada kemusykilan, hubungi emel saya azriy@edunetservices.com untuk penjelasan)

Syarat-syarat lain dari segi bagaimana nak bina portfolio dan berapa bayaran, akan diterangkan oleh Kaunselor / Pegawai Penilai di daerah tempat tinggal anda. Seperti saya katakan sebelum ini, JANGAN BUAT SEBARANG BAYARAN kepada saya mahupun Kaunselor / Pegawai Penilai yang datang menemui anda. Bila anda sudah yakin anda memenuhi semua syarat dan mampu menjalankan aktiviti membina portfolio , baru buat bayaran kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran dalam bentuk Bank Deraf atau Kiriman Wang. Bank Deraf/Kiriman Wang boleh diserah melalui Pegawai Penilai / Kaunselor yang melengkapkan pendaftaran anda.

Jika anda berminat, anda boleh download Borang Pra-Daftar ini. Klik imej untuk ke laman download.



Jika anda berada di kawasan sekitar tempat saya, saya akan hubungi anda. Jika anda berada di tempat lain, saya akan uruskan supaya Kaunselor/Pegawai Penilai Daerah di mana anda tinggal, menghubungi anda. Ya!!! kami datang temui anda !!! Kan dah lebih mudah tuuuuuu !!!






Hubungi saya :
+6019.227.8581


atau emel: azriy@edunetservices.com


Hingga jumpa lagi.

1 ulasan:

Kaunselor SKM berkata...

Perhatian kepada semua - Guna Borang Pra-Daftar sekiranya anda belum ada sijil SKM dan ingin mengetahui lebih lanjut dari PSA. Jika sudah confirm untuk memohon, sila baca PANDUAN SKM-PPT - Bah. V - Permohonan.