Sabtu, 25 Oktober 2008

Sijil Kemahiran Malaysia Cara Mudah

Adakah anda seorang pekerja bidang kemahiran ? Tahukah anda bahawa anda boleh mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dengan cara mudah ? Tanpa perlu mengikuti latihan/kursus !! Tanpa perlu melalui sebarang ujian khas !!!
Ya... Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) atau dikenalai sebagai SKM-PPT telah dilancarkan sejak 13 September 1996 lagi. Tetapi malangnya ramai pekerja mahir yang tidak mengetahui kewujudannya. Ada pula pekerja mahir yang mengetahuinya memberi alasan susahlah, mana ada sijil lamalah, tak ada masa lah, susah nak bina portfolio lah ..... dan pelbagai lagi alasan. Tetapi, bak kata pakar motivasi kita.... orang yang inginkan kemajuan tidak memberi alasan !!! .....
Nah .... sekarang ini Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah mempermudahkan proses SKM-PPT mulai Oktober 2008. Ya.... baru nak mula .... Anda membaca maklumat yang paling terkini. Saya sendiri baru selesai mendengar taklimat di JMTI, Juru pada 22 Oktober 2008 lalu.

Bagaimana yang dikatakan dipermudahkan ?

Ya... pasti anda ingin tahu apa yang mudahnya !!

  1. Proses permohonannya mudah.

  2. Maklumat diperolehi mudah.

  3. Bimbingan diberikan oleh kaunselor SKM dengan PERCUMA

  4. Anda boleh hubungi Kaunselor SKM (seperti saya) dengan mudah.

  5. Sebagai Kaunselor SKM, saya tidak mengenakan sebarang bayaran.

  6. Kaunselor Daerah akan melawat anda (sebagai calon) dan menentukan sama ada anda layak memohon atau pun tidak, tanpa perlu anda bayar apa-apa.

  7. Anda hanya perlu bayar yuran permohonan jika sudah dibimbing oleh Kaunselor Daerah dan didapati layak sahaja.

  8. Bila sudah mendaftar, anda boleh berjumpa Pegawai Penilai (PP-PPT) bila-bila masa.

  9. Pembinaan portfolio pun mudah. Tak perlu cari bukti untuk memenuhkan fail keras 3 inci tebal..... Hanya memadai dengan folder kulit lembut sahaja .... macam projek sekolah...


Memang mudah.... tak ada alasan lagi..... Marilah bersama mengubah masa depan anda. Tak kira anda mekanik ke, taukey bengkel kereta ke, pekerja salon ke, taukey salon ke, apa saja bidang kemahiran.. mohonlah untuk persijilan SKM-PPT. Dengan adanya sijil pentauliahan, masa depan anda pastinya lebih cerah !!!



Jika anda berminat, anda boleh download Borang Pra-Daftar di bawah. Sila klik butang kanan tetikus dan "Save Target As .."

Jika anda berada di kawasan sekitar tempat saya, saya akan hubungi anda. Jika anda berada di tempat lain, saya akan uruskan supaya Kaunselor/Pegawai Penilai Daerah di mana anda tinggal, menghubungi anda. Ya!!! kami datang temui anda !!! Kan dah lebih mudah tuuuuuu !!!

Borang Pra-Daftar hendaklah dikirimkan ke:

PSA
Alaf Anggun Sdn Bhd
No 12, 2nd Floor, Wisma NAZA,
Jalan Sg. Besi,
57100 Kuala Lumpur.
Tel : 603-9235 3535







Hubungi saya :
+6019.227.8581


atau emel: azriy@edunetservices.com


Hingga jumpa lagi.



1 ulasan:

Kaunselor SKM berkata...

Perhatian kepada semua - Guna Borang Pra-Daftar sekiranya anda belum ada sijil SKM dan ingin mengetahui lebih lanjut dari PSA. Jika sudah confirm untuk memohon, sila baca PANDUAN SKM-PPT - Bah. V - Permohonan.